Iklaneka

Thursday 20 October 2011

Sekadar Renungan Bersama



Biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi..., 
Biarkan kekecewaan berlalu agar kegembiraan mewarnai..., 
Biarkan kegelisahan lenyap., jangan kita hilang semangat..., 
Biar penderitaan itu menyapa., agar aku tahu kepahitan derita ini...., 
Agar aku sedar kesengsaraan ini., tak sama bahkan hanya secebis dari 
penderitaan Rasulullah S.A.W...., 

Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya., 

Tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri....,
Cahaya kelam pahala dosa., berupaya memilihnya.., 

Walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu..., 
Namun peluang dari-Nya sentiasa memayungi..., 

Diturunkan ad-din memperhalusi akal.., 
Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak.., 
Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti.., 
Menjadi sebaik-baik umat...,

Tunduk sebagai hamba.., berjalan sebagai khalifah.., 
Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman"..,  
Menyemai sepohon "taqwa"..., agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu"..., 
Agar dapat berlindung dari angin hasutan "syaitan".., 
Dalam mencari "Keredhaan Allah S.W.T".., 

Wednesday 5 October 2011

Kisah Rasulullah S.A.W Sebagai Pengajaran

1- Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya... Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2- Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan' Kalau Nabi berada di rumah, baginda selalu membantu urusan rumahtangga.

3- Jika mendengar azan, baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang..'

4- Pernah baginda pulang pada waktu pagi.., Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 

5- Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6- Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7- Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8- Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.  
9- Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10- Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH s.w.t dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11- Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12- Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. 

13- Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'


Rasulullah S.A.W bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..' 

Koleksi Ayat-Ayat Jiwang

Cinta amat mahal taksirannya..,
itulah yang d'fitrahkan oleh ALLAH S.W.T kepada hambanya..,
cinta hanya tertulis pada perkataan..,
tapi gagal d'lihat pada zahirnya..,
kerana cinta itu tanggungjawab d'mana wujudnya k'setiaan dan k'jujuran d'dalamnya.....

ingat pada yang satu.., 
jujur pada yang kasih.., 
kasih pada yang rindu.., 
rindulah pada yang menyayangimu.....

cinta takkan datang kalau tak d'cari.., 
cinta juga tak kan dapat kalau tiada siapa yg memberi..,
tapi mencari biarlah pada yang sudi..,
bukan meminta pada yang simpati.....
Dalam hidup kita., ALLAH S.W.T akan bagi 1 saja peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul2 menyayangi diri kita.., sekiranya kita leka.., kita akan k'hilangannya buat selamanya.., tapi kita tak pernah sedar dan tak pernah mencuba untuk menilai kehadirannya.., mungkin setelah segalanya berlalu dan kita dah kehilangannya.., masa tu baru lah kita mula sedar kehadirannya cukup bermakna.., tapi mungkin kita tak berpeluang lagi untuk memiliki dirinya pada saat itu.....
Apabila kau ingin berteman..,
Janganlah pandang pada kelebihannya..,
kerana mungkin dengan 1 kekurangan..,
kau akan menjauhinya.....

Andai kau ingin berteman..,
Janganlah pula di nilai kebaikannya..,
kerana mungkin dengan 1 kelemahan..,
kau akan membencinya.....

Andai kau inginkan teman..,
Janganlah di uji akan ilmunya..,
kerana apabila dia buntu.., 
kau akan menyisihnya.....

Andai kau ingin berteman..,
Terimalah dia seadanya..,
kerana dia hanya seorang teman yang hanya manusia biasa.., 
Seperti dirimu jua.....

Jalinlah hubungan kerana ALLAH.., Moga hidupmu sentiasa diberkati-NYA.....

Jika Aku Jatuh Hati

Ya Allah.., 
Jika aku jatuh cinta..,
Cintakan lah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu..,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..,

Ya Muhaimin..,
Jika aku jatuh hati..,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu..,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..,

Ya Rabbana..,
Jika aku jatuh hati..,
Jaga lah hatiku padanya..,
Agar tidak berpaling dari hatiMu..,

Ya Rabbul Izzati..,
Jika aku rindu..,
Rindukan lah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..,

Ya Allah..,
Jika aku menikmati cinta kekasihMu..,
Jangan lah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..,

Ya Allah..,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu..,
Jangan Biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..,

Ya Allah..,
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu..,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya padaMu......, 

Sekadar berkongsi bersama..., best baca ayat ni.., amat mendalam maksudnya..., :-)

Assalamualaikum & selamat sejahtera....,

Salam.., first skali sy nak ucap thanks le kat sape2 yg sudi b'kunjung & baca blog sy ni., sy sendiri pun sbnrnye x tau le nk wt pe ngn blog ni.., hu3.., dulu sy dh wat dh blog.., tp coz lame x bkk smpai sy sndri pn dh x ingt pe sy punye password.., hu3..,  tp x pe lh.., org kata citer yg dah lepas 2 jgn duk d'kenang2 lg.., hu3., skrg ni sy nk try lh plak b'blog ni., biar lh rmai yg dh b'alih ke laman sosial lain., tp x pe lh., masing2 punye cara.., hu3., sy akn cuba gunekan blog ni sebaik mungkin untuk berkongsi ape jua maklumat utk tatapan kita semua., klu ada ayat-ayat @ bahasa yg kurang menyenangkn anda sila lah informkn terus kt sy ye.,  pe2 pn thanks skali ag ye.., Wassalam..., :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...